Kehidupan peribadi Gayatri_Su-Lin_Pillai

Gayatri Su-Lin tidak pernah berkahwin. Beliau pernah menjalin hubungan dengan pelakon Zul Ariffin pada 2013 dan mula mengenalinya ketika Zul berlakon dalam filem Penanggal arahan Ellie Suriati dan mula rapat selepas Bikers Kental difilemkan. Gayatri bagaimanapun, tidak memikirkan soal usia dan bukan satu masalah buatnya. Malah beliau turut mengakui bergaduh dengannya setiap hari. Gayatri dan Zul berpisah pada 2015, namun masih menjalin hubungan baik.